Asalamualaikum dan Selamat sejahtera, kami dari
Cybernetics International College of Technology ingin berkongsi maklumat
serba sedikit mengenai barangan antik dan menjual barangan antik
seperti ini:
ANTIK DAN UNIK:
Antik dalam bahasa Latin adalah "antiquus" iaitu "lama",juga merupakan item untuk koleksi barangan tua.Unik pula bermaksud nilai dan kelebihan tersendiri sesuatu barangan tersebut.Barangan antik ini dikumpul atau diingini kerana usia barangan, keadaan, utiliti, atau ciri-ciri unik yang terdapat pada barangan antik itu.
GAMBAR 1: Keris (0710)
Ramai rakyat Malaysia yang tertarik dengan barangan antik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai hobi menyimpan barang-barang seperti ini.Ada yang berpendapat semakin lama barangan antik disimpan semakin tinggi nilainya di masa hadapan.Barang-barang antik dan unik boleh melambangkan sesuatu yang klasik dan mewah.Bukan sahaja di Malaysia, Bahkan barangan antik sudah mula diperkenalkan di luar negara walaupun hanya ditempatkan di muzium atau di rumah.Barangan ini masih lagi dicari-cari oleh setiap orang yang mementingkan keunikan dan perhiasan yang mewah.
GAMBAR 2: Sikat & Cermin Antik
Di Blog ini, kumpulan kami memperkenalkan barangan-barangan "Antik dan Unik" khas buat pengemar barang-barang ini.Ada pelbagai pilihan, corak, bentuk yang unik dan mempunyai nilai yang tersendiri.Oleh itu , kami mengucapkan "Selamat Datang ke DUNIA ANTIK & UNIK". Sertailah kami di blog yang telah kami sediakan.
GAMBAR 3: Keris (KM0204)
GAMBAR 4: Kotak Aksesori
GAMBAR 5: Berlian warna
GAMBAR 6: Timba
GAMBAR 7: Teko Aladin ( Large 102A) (Small ALD)
GAMBAR 8: Mini Keris
GAMBAR 9: Telur Hiasan (Small)
GAMBAR 10: Telur Hiasan (Large)
GAMBAR 11: Poskad
Buat masa sekarang ini sahaja barang yang kami memuat naik gambar barang Antik dan Unik. Seterusnya kami akan memuat naik gambar-gambar lain dari semasa ke semasa. Terima Kasih.